Halaman

Jumaat, 3 Januari 2014

PUASA : SUNAT,MAKRUH DAN HARAM

Assalamualaikum you guys
Sihat tak?Hope you guys semua sehat di samping yang tercinta
Nabilah hari ni tak berapa nak sehat.Demam lah.

Kali ini Nabilah nak share tentang puasa sunat,puasa makruh dan puasa haram.

Antara puasa-puasa sunat ialah :

- Puasa sunat enam hari (puasa enam) pada bulan Syawal
- Hari Isnin dan Khamis
- Puasa hari Asyura pada 10 Muharram.Untuk membezakan ibadah puasa kaum Yahudi,maka sunat juga puasa pada 9 Muharram (hari Tasu'a) dan 11 Muharram.
- Puasa 9 Zulhijah (sempena wukuf di Arafah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada tahun itu
- Puasa 13,14 dan 15 setiap bulan Hijrah
- Puasa 28,29 dan 30 setiap bulan Hijrah
- Puasa Nifsu Syaaban (15 Syaaban)

Antara puasa-puasa makruh ialah :

- Puasa hari Jumaat secara berasingan.
 Contohnya : Tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya.
- Puasa 15 hingga 30 Syaaban bagi bukan qada atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tiba-tiba sampai 15,16,17 dan seterusnya ia ingin berpuasa sunat.
- Berpuasa terus sepanjang tahun

Antara puasa-puasa haram ialah :

- Isteri yang berpuasa sunat am tanpa keizinan suaminya.Para isteri yang ingin berpuasa perlu meminta izin suaminya terlebih dahulu.
- Isteri yang terus berpuasa sunat dan menolak permintaan bagi memenuhi kehendak syahwat suami.Wanita tersebut hendaklah menghentikan puasa untuk memenuhi kehendak suami kerana ianya adalah wajib.
- Puasa sunat ketika haid dan nifas
- Puasa Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
Puasa Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah
- Puasa tiga hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijah
- Pada hari syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan.

Semoga dengan perkongsian Nabilah,ilmu kita semua luas dan bertambah.Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.
Assalamualaikum  ^_____^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan