Halaman

Ahad, 22 Disember 2013

20 Kisah Rasulullah Yang Menunjukkan Tingginya Kasih Sayang Baginda

Assalamualaikum you guys..
Entri kali ni,Nabilah dapat dari blog ni 

Berikut Kisah hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang baginda.

1. Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.

2. Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

3. Rasulullah SAW pernah dilihat oleh para Sahabatnya mencium anak kecil, lantas seorang Sahabat menegurnya, “Engkau mencium anak kecil, ya Rasulullah?” Kerana pada sangkaannya Rasulullah tidak pernah mencium anak kecil. Baginda mengiyakan lantas bersabda, “Barang siapa tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi.”

4. Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

5. Jika ada orang yang meminta tolong pada Rasulullah SAW, tidak pernah baginda tidak menunaikannya. Baginda sangat prihatin dan amat mengambil berat kesusahan orang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunaikan satu hajat saudaranya, akan ALLAH tunai 70 hajatnya.”

6. Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

7. Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”

8. Pernah seorang Sahabat duduk secara menghimpit paha atas paha dengan Rasulullah SAW. Baginda membiarkannya sahaja untuk menjaga hati Sahabat tersebut supaya tidak menganggap yang Rasulullah SAW tidak sudi duduk bersamanya.

9. Sewaktu hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW telah dikejar dengan kuda oleh seorang bernama Suraqah yang bercita-cita merebut hadiah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy Makkah jika berjaya membunuh Rasulullah SAW. Setiap kali kuda Suraqah mendekati Rasulullah SAW, setiap kali itulah kudanya tersungkur jatuh. Rasulullah SAW tidak bertindak apa-apa. Rasulullah memaafkannya. Akhirnya Suraqah menyerah dan berjanji tidak akan cuba membunuh Rasulullah SAW lagi.

10. Satu ketika seorang musuh bernama Da`thur mendapati Rasulullah SAW sedang berehat di satu batu. Dia terus melompat dan meletakkan pedangnya di leher Rasulullah SAW dan berkata, “Siapa yang akan menyelamatkan nyawa kamu dan tanganku?”

Rasulullah SAW spontan menjawab, “ALLAH!”

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Da`thur menggeletar hingga pedangnya jatuh daripada tangan.

Rasulullah SAW mengambil pedang itu dan bertanya, “Kali ini siapa yang akan menyelamatkan kamu dari tanganku?”

Da`thur tergamam dan menjawab, “Tiada siapa.”

Akhirnya Rasulullah SAW memaafkan Da`thur. Melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW itu, Da`thur pun mengucap dua kalimah syahadah (masuk Islam).

11. Rasulullah SAW sangat penyayang dengan anak-anaknya dan bertimbangrasa dengan isteri-isterinya. Pada kesilapan isteri-isterinya, baginda selalu memberi maaf. Baginda juga membantu kerja-kerja rumah dan menampung jubah dan kasutnya sendiri.

12. Rasulullah SAW selalu berjalan dengan fakir miskin dan sering menziarahi janda-janda, bertanya akan keperluan hidup mereka. Bahkan dengan orang-orang miskin dan melarat, baginda selalu duduk bersama mereka, berbual, makan minum dan bermesra dengan mereka.

13. Pernah di satu pagi Hari Raya, Rasulullah SAW bertemu seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Baginda terharu dan bertanya, “Mengapa engkau menangis?” Kanak-kanak tersebut menjawab, “Ayah saya telah mati syahid sementara ibu saya sudah berkahwin lain. Nasib saya terbiar dan saya tidak ada baju barn dan lain-lain persediaan untuk berhari raya.” Rasulullah SAW mengalirkan air mata mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut. Baginda berkata: “Sukakah kamu kalau aku menjadi ayahmu dan Aisyah (isteri Rasulullah) menjadi ibumu?” Sungguh tidak terkira gembiranya rasa hati kanak-kanak itu, bila mendengar Rasulullah SAW yang mulia menjadi ayahnya. Baginda pun membawa pulang kanak-kanak tersebut ke rumahnya. Kanak-kanak itu dimandikan, dipakaikan dengan baju raya dan dijamu makan. Betapa gembiranya hati kanak-kanak itu, begitulah gembiranya hati Rasulullah SAW kerana dapat menggembirakannya.

14. Pada ketika yang lain, dalam perjalanan menuju ke pasar, Rasulullah SAW melihat seorang budak (hamba sahaya) sedang menangis di tepi jalan. Bila baginda tanyakan mengapa menangis, budak itu menjawab bahawa dia menangis kerana duit yang diberi oleh tuannya telah hilang. Rasulullah SAW terus mengganti duit yang hilang itu dengan duit baginda sendiri. Tetapi apabila baginda balik dari pasar, dilihatnya budak yang sama masih menangis. “Kenapa kamu masih menangis?” tanya Rasulullah SAW. “Kali ini saya menangis kerana takut dimarahi dan dipukul oleh tuan saya kerana saya sudah terlambat pulang dan pasar,” jawab budak itu.

Untuk mengelakkan budak itu daripada dimarahi, Rasulullah SAW sendiri menemaninya pulang. Rupanya rumah itu dihuni oleh sekumpulan wanita. Rasulullah SAW terus memberi salam. Setelah tiga kali memberi salam, barulah salam Rasulullah SAW itu dijawab. Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu tidak dengar salam saya sebelumnya?” Wanita-wanita itu menjawab, “Kami dengar, tetapi sengaja kami tidak jawab supaya kami mendapat doa daripada Rasulullah SAW banyak kali…”

Rasulullah SAW terus menerangkan mengapa budak itu lambat. Baginda meminta supaya budak itu tidak dirotan, tetapi sekiranya mereka tidak puas hati, Rasulullah menawarkan dirinya sebagai ganti untuk dirotan. Lantas Rasulullah SAW menyingsing lengan bajunya. Mendengar kata Rasulullah SAW itu, kumpulan wanita itu lantas berkata, ” Tidak, ya Rasulullah. Mulai sekarang, kami merdekakanlah budak ini.” Itulah kesan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

16. Rasulullah SAW berjiran dengan seorang Yahudi. Baginda sangat menjaga hak-hak jiran. Baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang menyakiti hati jirannya malah baginda selalu menghadiahkan makanan dan lain-lain hadiah kepada jiran Yahudinya itu.

17. Rasulullah SAW juga sangat mengambil berat tentang hak-hak kafir zimmi. Baginda bersabda: “Siapa yang menzalimi kafir zimmi walaupun orang Islam sayalah pembelanya (penebusnya).”

18. Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya.

19. Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”


20. Satu ketika Abu Zar keluar bersama hamba sahayanya yang berpakaian seperti apa yang beliau pakai, lalu ada orang bertanya, “Mengapa kamu berbuat demikian?” Abu Zar menjawab, beliau mendengar Rasulullah berkata: “Hamba sahaya itu adalah saudaramu, mereka di jadikan oleh ALLAH di bawah kekuasaanmu. Maka barangsiapa saudaranya di bawah kekuasaannya (di bawah jagaannya), hendaklah dia memberi makan dengan apa yang dia makan dan memberi pakaian dengan pakaian yang is pakai, dan janganlah hamba itu disuruh melakukan pekerjaan di luar batas kemampuannya. Apabila mereka diperintahkan bekerja maka bantulah mereka.”

Subhanallah,Rasulullah seorang yang sangat penyayang.
Jom contohi sifat penyayang Rasulullah

4 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

Assalamualaikum you guys..
Hope you guys semua sehat.

Dalam entri kali ni,Nabilah nak share 4 perkara yang mematikan hati kita semua.

Perkara-perkara tersebut ialah :

1) Dosa yang berterusan
2) Mendengarkan ketawa orang bodoh
3) Bersikap kasar kepada kaum perempuan
4) Duduk bersama orang yang bergelumang dalam kemewahan

Semoga kita dapat mengelakkan perkara-perkara tersebut supaya hati kita tidak mati.Untuk mengelakkan daripada hati kita mati,terdapat langkah yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan dan meyucikan hati kita.Antara langkah tersebut ialah :

1) Berzikir 
2) Menunaikan solat
3) Sering berpuasa.



JENIS-JENIS HAWA NAFSU

Assalamualaikum you guys..
Entri kali ni Nabilah nak share tentang jenis-jenis hawa nafsu.



Terdapat banyak jenis hawa nafsu.Antaranya ialah :

> Jahat
> Kekafiran
> Penyangkalan
> Putus Asa
> Ketidakadilan
> Kemarahan
> Mengeluh
> Kecil Hati
> Keserakahan
> Kekejaman
> Kemurkaan
> Kebodohan
> Kepandiran
> Tidak Tahu Malu
> Kerinduan
> Kelancangan
> Kesombongan 
> Dendam 
> Kemiskinan
> Pengunduran Diri
> Permusuhan
> Kekasaran
> Kebencian
> Pelanggaran Janji
> Curang
> Pengotor
> Ketidakperluan
> Tergesa-gesa
> Keras Kepala



CUKA (KHAL) DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum you guys.
Sehat tak?Hope you guys sehat

Dalam entri kali ini,Nabilah nak share khasiat dan manfaat cuka untuk kesihatan kita.



Menurut pandangan Sayidina Ali r.a,cuka berkhasiat dari segi : 

- Memecahkan lemah di badan
- Menghidupkan hati

Menurut pandangan Ibnu Sina pula,cuka mampu :

- Mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul,kanser)
- Menyucikan darah
- Membaiki masalah pencernaan di perut
- Merawat masalah usus
- Mengatasi masalah kerongkong,kahak dan batuk yang berpanjangan.
- Menjaga kulit daripada kepanasan matahari
- Mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolestrol)
- Menstabilkan kandungan asid dan garam di dalam badan
- Membuang keracunan dalam badan (toksik)
- Mengubati masalah rahim
- Menguatkan gigi,mata dan telinga
- Mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan

Menurut pandangan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah,cuka bermanfaat untuk :

- Mengatasi masalah gastrik di dalam perut
- Mengatasi masalah hempedu (membersih hempedu daripada lemak yang membentuk batu)
- Mencegah bahaya ubat-ubatan (kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan moden)
- Dapat melancarkan susu ibu ketika penyusuan
- Dapat melancarkan perjalanan darah yang berketul di dalam perut
- Mengatasi masalah gangguan haid
- Mengatasi masalah limpa
- Membersihkan usus (membuang toksik dalam perut)
- Menguatkan sistem perut
- Menghindari masalah buasir
- Menghilangkan masalah dahaga
- Membantu sistem penghadaman
- Membersihkan darah manusia (darah yang beracun)

Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik,cuka mempunyai banyak manfaat dan kebaikan untuk kesihatan.Antara manfaat tersebut ialah :

> Membantu mengekalkan keremajaan (AWET MUDA)
> Membantu membuang kolestrol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut,lemak di saluran jantung dan lemah di buah pinggang
> Membaiki fungsi buah pinggang dengan cara memulihkan sel-sel organ badan
> Membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan
> Mempercepatkan proses awet muda,badan yang cantik,keremajaan pada kulit pada muka,melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut.
> Membuatkan kulit kelihatan sehat,melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya pada muka,tangan dan bintik-bintik hitam pada kulit.
> Mampu menyembuhkan penyakit kencing manis
> Menyembuhkan penyakit darah tinggi
> Membuang kolestrol dan lemak di jantung dan usus
> Mencegah obesiti
> Elok untuk penjagaan kecantikan badan secara semula jadi
> Mencegah masalah asid berlebihan dalam badan
> Mencegah masalah gout
> Mencegah masalah buasir,masalah usus dan sembelit
> Membuang toksik
> Menstabilkan kepanasan badan
> Merawat masalah migrain
> Bagus untuk penjagaan kulit

Itulah antara khasiat-khasiat cuka.Semuanya atas keizinan Allah juga.Semoga kita dapat mengamalkan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan kita.Bertemu lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum ^_^



HALIA DAN KHASIATNYA


Assalamualaikum you guys..
You guys sehat tak?Nabilah harap you guys semua sehat walafiat di samping yang tercinta


Nampak tak gambar tu?Cuba teka apa dia??..Haliaaa..Pandai pun..hehehe
Hari ni Nabilah nak share pasal khasiat halia dengan you guys.

Antara khasiat halia menurut kitab-kitab perubatan Islam ialah 

- Dapat mengatasi sakit dada dan jantung
- Dapat mengatasi lelah dan lemah paru-paru
- Dapat mengatasi angin dalam badan
- Mengubati darah
- Mengubati penghadaman dan usus
- Membuang keracunan badan
- Merangsang kelenjar pencernaan
- Baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan
- Menambah nafsu makan
- Memperkuat rusuk
- Membaiki pencernaan
- Mampu mencegah dan mengubati mual-mual dan muntah-muntah
- Memperkuat otot usus
- Membantu mengeluarkan gas usus
- Membantu fungsi jantung

Dalam pengubatan tradisional Asia,halia berkhasiat untuk :

- Mengubati selesema
- Mengubati batuk
- Mengubati cirit-birit
- Merawat penyakit radang sendi tulang

Antara manfaat halia secara ilmiah ialah 

- Menurunkan tekanan darah
- Membantu pencernaan
- Mencegah penggumpalan darah
- Mencegah mual
- Mengeluarkan angin
- Mengandungi antioksidan


Nabilah cadangkan you guys makan halia yang diproses macam di bawah ni.Lagi senang.



Sampai sini je sharing Nabilah mengenai khasiat halia.
Assalamualaikum ^__^...(jawab taw..tak jawab dosa)..


Jumaat, 20 Disember 2013

"WARKAH BUAT ISTERI",,AKHIRNYA SAMPAI JUGA


Buku "WARKAH BUAT ISTERI" akhirnya sampai dengan selamat..yeahh,happy happy walaupun ambil sendiri di pejabat pos laju..(gembira sgt,nasib baik tak lompat kat depan pegawai pejabat tu)..

Meh baca ramai-ramai..







Khamis, 12 Disember 2013

Wordless Thursday

Hari ni tak tahulah nak update apa...
NOOOOO IDEAAAAAA..Arrgghhhhh


JOM LAYAN LAGU NI

Ku Benar-Benar Sayang 
Pada Dirimu Oh Kasihku 
Janganlah Engkau Ragu 
Pada Diriku

Dan Ku Berkelana Mencari 
Harapan Yang Kita Impikan.. 
Dari Terbitnya Sang Suria... 
Hingga Tenggelam..

Dan Ku Ingin Cinta Sejatimu 
Dan Ku Ingin Harapan Hatimu 
Oh Janganlah Engkau Bersedih 
Oh Ikhlas-Ikhlaskanlah.. Hatimu

Rindu-rindukanlah Diriku 
Sepanjang Hari-Harimu 
Sayangku 
Ku Adalah Milikmu 
Sayangku Adalah 
Milikmu Yang Kau Rindu..

Doa-doakanlah Diriku Di Dalam Hatimu 
Di Dalam Nafasmu 
Sepanjang Hari-harimu..


Dah jadi lagu kesukaan bila si dia nyanyikan nak pujuk kita ^______^

Rabu, 4 Disember 2013

KHASIAT MAKANAN : KLOROFIL

Assalamualaikum guys..Sehat semua?
Diharapkan semuanya sehat di samping yang tersayang.

Dalam entri Nabilah sebelum ni iaitu 16 MAKANAN YANG DISEBUTKAN DALAM AL-QURAN,Nabilah dah kongsikan 16 makanan yang disebutkan dalam Al-Quran.Dalam entri yang kali ini,Nabilah akan kongsikan dengan you guys tentang khasiat KLOROFIL.

Apa itu KLOROFIL?
Ia juga disebut sebagai hijau daun.Klorofil ialah zat pembawa warna hijau pada tumbuh-tumbuhan.Ia juga termasuk zat makanan yang sudah akrab dengan sel-sel badan manusia selama ribuan tahun.Zat ini merupakan sel hidup pertama yang tumbuh dia atas muka bumi ciptaan Allah ini.

Peranan Klorofil.
   > Melakukan fotosintesis pada tumbuhan. (Proses penyerapan dan penggunaan sinar matahari untuk mensintesis oksigen dan karbohidrat daripada penyerapan karbon dioksida dan air.)

Antara khasiat Klorofil ialah :

                      > Mengubati penyakit kanser
> Mengubati penyakit dan masalah jantung
> Mampu mengatasi masalah kemurungan
> Berkhasiat dalam mengubati diabetes
> Berkhasiat dalam mengubati AIDS
> Mengubati penyakit asthma dan 
pneumonia.(radang paru-paru)
> Berkhasiat mengubati penyakit kusta
> Berkhasiat dalam mengubati penyakit radang 
seperti arthritis,radang tenggorok,
radang pancreas,radang gusi dan iritasi usus.
> Mengatasi masalah jerawat.
> Mengatasi anemia
> Mencegah komplikasi badan.
> Meningkatkan daya tubuh badan

Itulah di antara khasiat-khasiat yang diperoleh dengan pengambilan klorofil.

TETAPI……
Jika pengambilan klorofil terlalu berlebihan,badan kita akan menjadi lemah dan mengalami kelesuan yang luar biasa.

Oleh itu,diharap kita semua dapat memanfaatkan khasiat klorofil.
Ingat taw,jangan ambil terlalu berlebihan.
Sampai di sini sahaja perkongsian Nabilah pada entri kali ini.
Sampai bertemu lagi di entri seterusnya.


Assalamualaikum semua. ^__^

Selasa, 3 Disember 2013

WADAH KHUSUS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Assalamualaikum guys…(Jawab taw..nanti berdosa kalau tak jawab)
Apa khabar semua?Sehat tak?
              
Dalam entri Nabilah kali ini,Nabilah nak kongsikan sedikit ilmu atau tips untuk pasangan suami isteri..(yang bakal menjadi pasangan suami isteri,yang ada perancangan nak jadi pun boleh baca.ini kan ilmu yang bermanfaat.so,mari kita baca ramai-ramai).

Dalam masa kini,Nabilah tengok banyak pasangan yang mendirikan rumahtangga,terputus di tengah jalan.Memang sedih kan bila impian untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat berakhir begitu saja.

Melalui pembacaan Nabilah dalam buku Bisik-Bisik Perkahwinan,hasil tulisan Ustaz Johari Yaman,terdapat wadah yang khusus untuk pedoman pihak suami dan pihak isteri.

WADAH KHUSUS UNTUK SUAMI.

·        MENCUKUPI DARI ASPEK KEBENDAAN.
·        GIGIH DALAM MENCARI REZEKI YANG HALAL.
·        PANDAI MENJAGA KESIHATAN DAN PENAMPILAN
·        SEIMBANG ANTARA MENCARI NAFKAH DAN MENUNTUT ILMU
·        MEMILIKI KETERAMPILAN
·        PANDAI MENGURUS MASA
·        PANDAI HIDUP BERMASYARAKAT
·        BERWAWASAN DAN BERILMU PENGETAHUAN
·        MEMAHAMI KEPERLUAN RUMAHTANGGA

WADAH KHUSUS UNTUK ISTERI.

·        MENJAGA KESIHATAN DAN PENAMPILAN
·        MENJAGA KEBERSIHAN PAKAIAN DAN PERALATAN RUMAH
·        PANDAI MEMASAK
·        MEMILIKI KETERAMPILAN YANG MENARIK
·        PANDAI MENGURUS RUMAH
·        TAHU MENDIDIK DAN MENJAGA ANAK-ANAK
·        PANDAI HIDUP BERMASYARAKAT
·        PANDAI MENGATUR MASA
·        BERWAWASAN DAN BERILMU PENGETAHUAN

Dalam melayari bahtera perkahwinan,suami isteri mestilah tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing dan mestilah mengamalkan sikap saling membantu antara pasangan.Insyaallah,impian perkahwinan yang kita impikan akan menjadi kenyataan.

Semoga dengan perkongsian Nabilah kali ini,dapat memberi manfaat untuk kita semua dalam menghadapi kehidupan berumahtangga.Mudah-mudahan perkara perceraian dapat dikurangkan malah dielakkan.

Sampai bertemu lagi di dalam update yang akan datang.Kalau ada yang terasa atau tak suka dengan entri Nabilah kali ini,Nabilah minta maaf ye.Ini sekadar nasihat dan perkongsian ilmu melalui pembacaan Nabilah sendiri.


Assalamualaikum semua…