Halaman

Sabtu, 25 Januari 2014

ANDAI HATIKU BERSUARA

Assalamualaikum you guys.
Apa khabar?Sehat?
Nabilah doakan korang semua sehat saja di samping yang tersayang.


Dalam entri ni Nabilah cuma nak share tentang lagu yang mesti ada bersangkut-paut dengan pasangan yang bercinta terutamanya yang sering terluka.


Oh Tuhan, berikanlah aku,
Kekuatan menempuhi dugaanMu,
Aku percaya ada hikmahnya,
Di setiap dugaan yang ku terima.

Andainya hatiku bersuara,
Pastinya ia akan berkata,
Cukuplah sayang aku tidak berdaya,
Mengharungi segala sengsara.

Berapa kali harus aku terluka,
Barulah kan ku sedar,
Cintaku tidak layak untuk dirinya,
Mengapa masih aku setia disisinya,
Tidak ku mengerti, tidak ku fahami.

Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,
Andai terlampau permintaanku ini,
Maafkanlah kasih




Jom dengar ramai-ramai.
Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^__^








Khamis, 16 Januari 2014

KEDUDUKAN WANITA DALAM AGAMA HINDU BRAHMA DAN AGAMA-AGAMA KUNO YANG LAIN

Assalamualaikum semua.
Sehat tak?Nabilah harap dan selalu doakan korang semua sehat walafiat di sisi yang tersayang.


Entri kali ini Nabilah nak kongsi dengan korang semua tentang pandangan agama Hindu Brahma dan agama-agama kuno yang lain terhadap wanita.

Di antara ungkapan dan pandangan mereka ialah :

- Orang hilang kehormatan kerana perempuan.Punca permusuhan adalah perempuan.Disebabkan hal itu,jauhilah perempuan.
- Perempuan itu selalu memikir syahwat,selalu marah,selalu palsu dan tidak jujur. (Manu)
- Menurut fitrah perempuan,perempuan itu selalu menggoda kaum lelaki.Oleh kerana itu,kaum lelaki mesti selalu berhati-hati terhadap perempuan. (Manu)
- Orang perempuan tak pernah dapat berdiri sendiri. (Manu)
- Orang Hindu boleh mengambil beberapa perempuan walaupun perempuannya masih hidup.
- Perempuan Hindu tidak boleh bersuami dengan lelaki yang lain.Andai kata suaminya mati,perempuan tersebut tidak ada hak untuk bersuami lagi dan mesti menurut peraturan negeri
- Kalau suaminya telah mati lalu dibakar,maka perempuannya harus turut dibakar hidup-hidup bersama mayat suaminya.
- Isteri anak lelaki dan hamba perempuan belian adalah hak yang tidak berharga sedikitpun. (Manu)
- Perempuan Hindu dibolehkan bersetubuh dengan lelaki lain kalau suaminya merantau ke negeri lain.Hal ini dibenarkan sesudah enam bulan tempoh suaminya merantau.
- Kaum perempuan meskipun ada mempunyai suami namun tidak dapat melahirkan,maka perempuan itu boleh bersetubuh dengan orang lain.
- Tiap-tiap makanan yang disediakan oleh perempuan yang baru melahirkan anak dianggap najis.
- Pembakaran janda tidak kurang 800 orang dalam tiap-tiap disterik. (Buddha)

Dahsyatkan.Nabilah bersyukur sangat ke hadrat ALLAH SWT yang dah mencipta Nabilah sebagai wanita ISLAM.Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^__^


Rabu, 8 Januari 2014

MENTEGA DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum semua.
Sehat tak?Nabilah harap korang semua sentiasa sehat.
Nabilah demamlah hari ini dan semalam.Tu yang tak dapat update blog semalam.



Nampak tak apa kat atas tu?MENTEGA.Betul tu.
Nabilah nak share dengan korang semua tentang khasiat dan manfaat mentega.

Antara manfaat dan khasiat bila makan mentega ialah :

- Mengatasi bengkak di telinga
- Mengatasi bengkak di saluran kencing
- Mengatasi bengkak di mulut
- Bermanfaat untuk hemoptysis disebabkan masalah 
  paru-paru dan batuk
- Berkhasiat untuk herpes dan serak

Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum semua ^___^

Isnin, 6 Januari 2014

BAWANG MERAH DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum you guys.
Nabilah harap korang semua sentiasa sehat.

Tengok gambar pun tahu kan Nabilah nak kongsi tentang apa.Nabilah nak kongsi dengan korang semua mengenai manfaat dan khasiat bawang merah.Antara khasiat tersebut ialah :

- Menurunkan kandungan gula dalam darah
- Menurunkan kadar lemak dalam darah
- Meningkatkan jangka hayat insulin
- Mencegah kerosakan insulin

Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum ^___^ 

BAWANG PUTUH DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum you guys.
Nabilah harap you guys sentiasa sehat.



Nampak tak apa yang kat atas tu?BAWANG PUTIH!!
Kali ini Nabilah nak share dengan korang semua khasiat dan manfaat bawang putih.Antara manfaat dan khasiatnya ialah :

- Membantu menjaga kesihatan jantung
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Memanaskan badan
- Membuang gas dalam tubuh
- Merawat gigitan serangga
- Mencairkan kahak
- Mengelakkan risiko darah tinggi dan strok
- Mengurangkan risiko kanser
- Antibakteria dan antivirus
- Antiinflamasi
- Mengandungi banyak iodin
- Membantu sistem pencernaan
- Meningkatkan sistem imunisasi badan
- Menurunkan kadar kolestrol dalam badan
- Meningkatkan stamina
- Mencegah penyakit
- Mengubati penyakit kusta
- Mengubati penyakit asma
- Menghalau kala jengking
- Membantu mencegah penggumpalan darah
- Penawar racun

Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^__^ 

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

Assalamualaikum semua.
Sehat tak?Nabilah harap dan doakan korang semua sehat sentiasa.

Kali ini Nabilah nak share dengan you guys perkara-perkara yang membatalkan wuduk.Antara perkara tersebut ialah :

1) Keluar sesuatu daripada salah satu saluran kemaluan
   (qubul dan dubur) seperti angin,air kencing dan
   sebagainya
2) Tidur yang tidak tetap punggung (bukan tidur telentang)
3) Hilang akal disebabkan mabuk atau sakit
4) Bersentuh kulit dengan lelaki atau perempuan yang 
   bukan mahram tanpa lapik.
5) Menyentuh kemaluan hadapan dengan menggunakan
   perut tapak tangan termasuk perut anak jari
6) Menyentuh halkah dubur tanpa lapik.



Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum

FARDU WUDUK

Assalamualaikum you guys.
Sehat tak?Hope korang semua sehat sentiasa.

Entri kali ini Nabilah akan kongsi dengan you guys tentang fardu-fardu wuduk.

Apa itu WUDUK?
Wuduk dari segi bahasa ialah menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota badan yang tertentu.
Wuduk dari segi istilah syarak pula ialah membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat. 

Antara fardu wuduk ialah :

1) Niat di dalam hati


2) Membasuh muka
  ~ Basuh dari tempat tumbuh rambut hingga ke dagu
  ~ Melintang antara dua anak telinga.
  ~ Lebih bagus,melebihkan sedikit had basuhan



3) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
  ~ Bermula dari hujung jari hingga lebih sedikit bahagian
   siku
  ~ Ratakan air ke seluruh tangan
  ~ Lebih bagus,lebihkan had basuhan



4) Menyapu sebahagian kepala
  ~ Menyapu sedikit air di bahagian kepala



5) Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali
  ~ Melebihkan had basuhan
  ~ Ratakan air ke seluruh anggota kaki hingga ke buku lali




6) Tertib
  ~ Berwuduk mengikut giliran yang ditentukan
  ~ Sebaik selesai mengambil wuduk,disunatkan
    menghadap kiblat,mengangkat tangan dan membaca
    doa selepas wuduk.


Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum semua ^____^


Ahad, 5 Januari 2014

KURMA DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum you guys...
Hope korang semua sihat-sihat saja.



Nabilah nak share dengan korang semua tentang khasiat kurma yang mungkin kita tak tahu sangat.
Antara khasiat dan manfaat kurma (tamar) ialah :

~ Membantu menjana tenaga daripada makanan
~ Membentuk dan memelihara kulit yang sihat
~ Melancarkan pencernaan
~ Menguatkan urat-urat perut
~ Mengendurkan ketegangan urat-urat saraf
~ Melembutkan perangai seseorang yang kasar
~ Membunuh bakteria dalam perut
~ Melancarkan pembuangan air kecil
~ Menguatkan limpa
~ Dapat menyembuhkan banyak penyakit
~ Membersihkan hati daripada toksik
~ Menyembuhkan radang tenggorok
~ Membunuh cacing dalam perut
~ Menenangkan saraf yang gelisah
~ Memberikan rasa tenang pada jiwa

6 MANFAAT DAN KHASIAT KURMA BAGI WANITA HAMIL DAN IBU MENYUSU.
1) Mencegah daripada berlakunya pendarahan ketika 
  melahirkan anak dan mempercepatkan proses 
  pengembalian posisi rahim seperti sedia kala
2) Nutrisi untuk ibu
3) Sebagai diet ketika berpantang
4) Mengurangkan pendarahan dalaman,menggalakkan 
  pengeluaran susu ibu yang berkhasiat tinggi dan
  membantu otot-otot rahim untuk melancarkan proses
  kelahiran dan pengecutan rahim selepas bersalin
5) Tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi 
  antioksidan yang boleh mencegah kanser.
6) Meningkatkan dan menjaga kesihatan janin dalam rahim

KHASIAT UTAMA KURMA (TAMAR).
1)  Melancarkan pencernaan dan mencegah radang usus
2)  Dapat menambah kuantiti air susu ibu
3)  Membantu pembentukan darah dan sumsum tulang bagi
    bayi yang menyusu
4)  Memberi tenaga tambahan untuk ibu hamil
5)  Memperkuat urat-urat rahim,mengurangkan pendarahan 
    ketika melahirkan dan menguatkan organ rahim.
6)  Mencerdaskan akal
7)  Mengatasi masalah sembelit,lemah otot,letih dan stres
8)  Membantu menguatkan daya ingatan
9)  Dapat menghaluskan kulit
10) Mengurangkan risiko serangan strok dan darah tinggi
11) Menghilangkan gatal-gatal di kerongkong dan 
     menghentikan batuk.
12) Mengurangkan penyakit insomnia
13) Menambah nafsu makan dan seksual
14) Sangat berkhasiat untuk penderita anemia
15) Memanaskan badan dan meningkatkan daya kerja otak
16) Melindungi tubuh daripada serangan penyakit
17) Membantu pertumbuhan sel-sel badan
18) Menyeimbangkan kandungan cairan dalam tubuh
19) Meningkatkan kemampuan pandangan mata
20) Meningkatkan kekuatan badan,tulang dan gigi
21) Membantu saraf berfungsi dengan sempurna
22) Merangsang ginjal mengeluarkan buangan racun
    metabolis.
23) Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
24) Membantu pembentukan kulit sihat

Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikumwarahmatullah





LABU DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum semua..
Nabilah harap korang semua sehat walafiat di samping yang tersayang.


Nabilah nak share tentang khasiat dan manfaat labu.
Antara khasiat labu ialah :

~ Mengatasi rabun malam
~ Mengatasi ketidakseimbangan kandungan gula dalam 
  darah
~ Berfungsi dalam mengawal nafsu makan
~ Merawat tekanan darah tinggi
~ Merawat penyakit kuning
~ Mengawal diabetes
~ Merawat luka kecil seperti luka terbakar atau luka pisau
~ Mengubati cirit-birit
~ Mengubati demam
~ Merawat otot yang sakit
~ Mencegah masalah batu ginjal
~ Merawat masalah kecacingan di kalangan kanak-kanak
~ Bagus untuk masalah pernafasan dan asthma

Jumpa lagi di entri akan datang..
Assalamualaikum semua ^____^

UTRUJ (CITRON) DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum semua..
Sehat tak?Harap-harap korang semua sehat sentiasa ye.




Apa itu UTRUJ??
Utruj ialah sejenis pokok limau yang banyak ranting berduri.Buahnya seperti limau besar,berbentuk bujur dan bermuncung.Memilik warna emas indah.

Antara khasiat utruj ialah :

} Menyejukkan rasa tidak selesa dan panas dalam perut dengan cepat
} Menguatkan hati yang lemah dan menyukakan hati yang duka
} Menimbulkan selera makan
} Dapat menahan rasa dahaga
} Menghentikan radang kerongkong
} Menghilangkan racun
} Berguna untuk mengubati sengatan binatang berbisa
} Melipatgandakan vitamin-vitamin dalam badan

Komposisi Utruj Dan Khasiatnya.
1) Kulit
  > Mencegah gegat
  > Mengharumkan udara
  > Mengharumkan bau mulut
  > Mengeluarkan angin dalam badan
  > Bermanfaat untuk pencernaan
  > Mengubati gigitan ular
  > Menyembuhkan vitiligo

2) Isi
  > Menyingkirkan gas
  > Menyembuhkan wazir

3) Air Perahan
  > Mengatasi gangguan hempedu
  > Mengatasi jantung berdebar
  > Mengatasi penyakit kuning
  > Mengatasi muntah

4) Biji
  > Berkhasiat membersihkan racun
  > Menguatkan organ hati
  > Menghindari bintik-bintik pada kulit

Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^_____^

NAMA-NAMA INDAH UNTUK RASULULLAH SAW PART 2

Assalamualaikum you guys.
Hope you guys sentiasa sihat dan sejahtera.

Kali ni Nabilah nak share dengan you guys nama-nama indah untuk Rasulullah SAW yang seterusnya.


Antara nama-nama indah Rasulullah SAW ialah :

51)   Naziir
52)   Munzir
53)   Nuur
54)   Siraaj
55)   Misbah
56)   Hudaa
57)   Mahdiyun
58)   Munir
59)   Da'en
60)   Mad'uwun
61)   Mujib
62)   Mujaabun
63)   Hafiyyun
64)   'Afuwun
65)   Waliyyun
66)   Haqqun
67)   Qawiyyun
68)   Aamin
69)   Maa'muun
70)   Kariim
71)   Mukarram
72)   Makiin
73)   Matiin
74)   Mubiin
75)   Muwammil
76)   Wusuul
77)   Zu Quwwah
78)   Zu Hurmah
79)   Zu Makaanah
80)   Zu 'Izzin
81)   Zu Fadhl
82)   Mutaa'un
83)   Mati'un
84)   Qadamu Sidqin
85)   Rahmah
86)   Busyra
87)   Ghawthun
88)   Ghaithun
89)   Ghiyaasun
90)   Ni'matullah
91)   Hadiyyatullah
92)   'Urwatul Wusqa
93)   Siratullah
94)   Siratul Mustaqiim
95)   Zikrullah
96)   Saifullah
97)   Hizbullah
98)   Al-Najmul Thaqib
99)   Mustafa
100) Mujtabaa
101) Muntaqaa
102) Umiyyun
103) Mukhtar
104) Aajiirun
105) Jabbaar
106) Abul Qasim
107) Abul Taahir
108) Abul Tayyib
109) Abu Ibrahiim
110) Musyaffa'
Indahkan nama-nama Rasulullah SAW.Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^______^

Sabtu, 4 Januari 2014

RUKUN-RUKUN SOLAT

Assalamualaikum you guys..
Hope korang semua sehat sentiasa.

Sebelum ni Nabilah ada share tentang syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat.Entri kali ini Nabilah nak kongsi pula tentang rukun-rukun solat.

Ada berapa rukun solat??Cepat tekaa..
Ada TIGA BELAS rukun solat.Rukun-rukun solat tersebut ialah :

1) Berniat dalam hati (niat solat)



  2) Takbiratulihram
  - Lafaz "Allahu Akbar" serentak dengan takbiratulihram.



  - Syarat-syarat takbiratulihram ialah :
     > Berdiri tetap ketika lafaz takbir
     > Hadap kiblat
     > Lafaz disebut dalam bahasa Arab.Bagi sesiapa yang 
     tidak tahu,hendaklah berusaha mempelajarinya
     > Dengar semua perkataan yang dilafaz
     > Ketika menyebut lafaz,mestilah disertai dengan niat.

3) Berdiri betul bagi yang berkemampuan
  - Tidak sah solat jika berdiri tidak tetap dan bergoyang-goyang
  - Bagi yang tidak mampu berdiri,boleh menunaikan solat
dalam keadaan duduk,baring miring sebelah kanan,baring miring sebelah kiri,menelentang atau sekadar yang mampu.



4) Membaca surah Al-Fatihah
  - Dibaca pada setiap rakaat 
  - Dibaca secara bertajwid
  - Menjaga makhraj huruf
  - Syarat sah bacaan Al-Fatihah
    > Bacaan didengari dengan jelas jika pendengaran baik
    > Baca mengikut tertib ayat dan makhraj yang betul
    > Menyebut kalimah dalam surah dengan betul
    > Dilafazkan dalam bahasa Arab
    > Baca dalam keadaan berdiri jika mampu


5) Rukuk serta tamakninah (berhenti sekejap)
  - Membongkok sampai kedua-dua tangan dapat diletakkan 
ke dua kepala lututnya serta tamakninah
  - Tangan memegang lutut dan siku dibengkokkan ke dalam rapat ke badan.



6) Iktidal serta tamakninah
  - Berdiri tegak semula selepas rukuk dan tamakninah


7) Sujud serta tamakninah
  - Sentuhan dahi seseorang ketika solat di tempat sujud
  - Dahi tidak berlapik dengan sesuatu
  - Tujuh anggota sujud ialah dahi,dua tapak tangan,dua perut jari dan dua lutut.



8) Duduk antara dua sujud dan tamakninah
 - Tiada niat dan tujuan lain ketika duduk antara dua sujud.



9) Tahiyat / tasyahud akhir
  - Dilafazkan dengan makhraj dan tajwid yang betul


10) Duduk tahiyat akhir

  


11) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW


12) Salam pertama
  

13) Tertib
  - Menunaikan rukun solat mengikut aturan dari awal hingga akhir

Semoga perkongsian kali ni dapat membantu kita perbaiki diri.Jumpa lagi di entri akan datang..
Assalamualaikum  ^______^







SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT DAN SYARAT-SYARAT SAH SOLAT

Assalamualaikum semua..
Apa khabar?Sehat tak?
Nabilah harap dan doakan semua pembaca blog ni sehat walafiat..

Hari ini,Nabilah ada hal sikit.Sebab tu update blog ni lambat sikit.Kali ini Nabilah nak share dengan korang semua syarat-syarat wajib solat dan syarat-syarat sah solat.
Sebelum Nabilah share perkara ni,Nabilah minta maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa atau marah.
Niat Nabilah cuma nak kongsi ilmu pengetahuan sekaligus ulangkaji untuk diri Nabilah sendiri. ^___^ senyum sikit.


Antara syarat-syarat wajib solat ialah :

1) Islam
2) Baligh
3) Berakal

Syarat-syarat sah solat pula ialah :

1) Yakin sudah masuk waktu ketika mendirikan solat.
2) Menghadap kiblat ketika menunaikan solat.
3) Menutup aurat ketika solat.Had aurat lelaki ialah antara 
  pusat hingga lutut manakala had aurat wanita ialah seluruh
  anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan.
4) Pakaian,anggota badan dan tempat menunaikan solat 
  (tempat berdiri dua kaki,letak sujud,letak tangan dan letak
  dua lutut) suci daripada najis.
5) Suci daripada hadas kecil ataupun hadas besar.(cara
  bersuci dengan berwuduk dan mandi hadas).

Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^_____^






Jumaat, 3 Januari 2014

PANDANGAN ISLAM TERHADAP WANITA

Assalamualaikum semua.
Nabilah harap semua sihat walafiat saja.


Nabilah nak share dengan korang semua terutamanya wanita-wanita yang dikasihi dan dirahmati ALLAH SWT mengenai pandangan ISLAM terhadap wanita.

PANDANGAN PERTAMA.
Islam telah memelihara kewanitaan sehingga tetap menjadi sumber kasih sayang,kelembutan dan kecantikan.Wanita memiliki sifat kewanitaan dan tabiat kewanitaan seperti memakai emas dan memakai sutera.Diharamkan bagi wanita untuk menyerupai perwatakan lelaki sehingga menghilangkan simbol kewanitaanya dari aspek pakaian,gerakan dan perilaku.

PANDANGAN KEDUA.
Islam sentiasa memelihara wanita di mana wajib bagi suami memberi nafkah terhadap isteri bertepatan dengan syariat Islam.

PANDANGAN KETIGA.
Islam memelihara akhlak dan perasaan malu wanita serta berusaha untuk memelihara kemuliaannya dan menjaga maruahnya daripada prasangka-prasangka buruk.



Jumpa lagi di sharing akan datang
Assalamualaikum ^____^