Halaman

Jumaat, 3 Januari 2014

HIKMAH PUASA DAN KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum you guys
Nabilah harap dan doakan pembaca blog Nabilah ni semuanya sihat walafiat.

Entri sebelum ni Nabilah ada share tentang puasa sunat,puasa makruh dan puasa haram.
Entri kali ini Nabilah nak kongsi dengan korang semua hikmah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan.

Hikmah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan ialah :

1) Seluruh umat Islam sama berpuasa.
  - Dengan ketibaan bulan Ramadhan,umat Islam di seluruh   pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu
  masa tertentu.Ini menjadikan mereka bersatu hati dan 
  hanya mengabdikan diri kepada Allah Yang Esa.

2) Rasa insaf dan bersyukur
  - Menimbulkan rasa insaf kepada semua golongan yang
  berpuasa sama ada kaya ataupun miskin.

3) Takwa
  - Melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah

4) Menyembuhkan penyakit
  - Menyembuhkan segala penyakit kerana perut dapat
  direhatkan ketika berpuasa.

5) Latihan kesabaran
  - Puasa itu dapat melatih diri kita bersabar serta dapat
  menambahkan ketakwaan.

6) Mendapat kasih sayang Allah
  - Orang yang berpuasa akan sentiasa disayangi Allah serta
  selamat daripada api neraka dan menghapuskan 
  dosa-dosa yang kecil.

7) Perayaan amal ibadah
  - Pelbagai ibadah dapat dilakukan dalam bulan
  Ramadhan dan dalam bulan ini juga umat Islam amat 
  digalakkan untuk melakukan amal kebajikan.

8) Keampunan dari ALLAH SWT
  - Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan
  penuh keimanan dan mengharap balasan yang baik dari
  Allah,Allah mengampunkan segala dosa-dosanya yang
  lalu.

9) Pintu syurga terbuka luas
  - Dalam bulan Ramadhan,semua pintu-pintu syurga 
  terbuka seluas-luasnya dan semua pintu-pintu neraka
  ditutup serapatnya.Syaitan laknatullah dirantai supaya 
  tidak mengganggu manusia.

10) Malam Nuzul Al-Quran
  - Adanya malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) yang
  merupakan detik penting al-Quran diturunkan dari langit
  ke dunia untuk manusia jadikan sebagai pedoman dan
  panduan hidup hingga akhir zaman.

11) Malam Lailatul Qadar 
  - Dalam bulan Ramadhan,ada satu malam yang sangat 
  mulia dan penuh keberkatan menyamai 1000 bulan.Itulah 
  malam Lailatul Qadar.Kita memperoleh ganjaran pahala
  menyamai 83 tahun 3 bulan daripada ALLAH SWT. 


Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^_____^





Tiada ulasan:

Catat Ulasan