Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

ASMA UL HUSNA : KISAH HIKMAH DAN KELEBIHAN ALLAH

Assalamualaikum korang.
Korang apa khabar?Hope korang semua sehat di samping yang tersayang ye.

Lama Nabilah tak update blog ni.Kali ini,Nabilah nak share dengan korang kisah hikmah asma ul husna "ALLAH" dan kelebihan yang kita peroleh apabila kita mengamalkannya.

Allah ialah al-Ism al A'zham,nama teragung yang mencakupi semua sifat Allah SWT yang indah dan menjadi tanda esensi (Zat) dan sebab bagi segala eksistensi (wujudnya makhluk).
Semua eksistensi,sama sekali tidak serupa dengan-Nya.Sehingga apa-apa yang tergambar dalam fikiran atau imaginasi sesiapa tentang Allah,maka Allah tidak demikian.
Allah hanyalah nama bagi ALLAH SWT.Tidak ada sesuatu pun selain-Nya yang memiliki atau menyamai nama ini.Allah adalah perkataan khas yang serba sempurna huruf-hurufnya,maknanya serta rahsianya.

Fadilat atau khasiat membaca YA ALLAH adalah seperti berikut :

---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH sebanyak 5 000 kali setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk,insyaallah dengan izin ALLAH SWT apa yang dihajatkan dimakbulkan Allah.
---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH sebanyak 5 000 kali setiap hari,insyaallah dengan izin ALLAH SWT datang kepadanya rezeki yang banyak dari pelbagai penjuru.
---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH sebanyak 66 kali setiap selesai solat fardhu dan diamalkan secara berterusan dan istiqamah,insyaallah dengan izin ALLAH SWT,namanya harum dan dia mendapat kebaikan yang banyak.
---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH YA HAYYU sebanyak 1 000 kali setiap hari,insyaallah dengan izin ALLAH SWT,akan mendapat keyakinan hati yang sempurna.

Bagi Nabilah,kita amalkan berzikir YA ALLAH 100 kali setiap hari dengan penuh ikhlas dan istiqamah.Apa yang penting,niat hati kita untuk ingat pada ALLAH SWT.
Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum ^_____^

ANGGUR DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum you guys.
Sehat tak?Nabilah doakan you guys sehat walafiat di samping keluarga yang tersayang.



Kali ini,Nabilah nak kongsi dengan korang semua tentang khasiat dan manfaat anggur.Antara khasiat anggur ialah :

- Berupaya menghilangkan rasa penat
- Berupaya merawat anemia
- Berupaya melancarkan aliran darah
- Menjadi ubat bagi pesakit hati,ginjal dan sistem pencernaan
- Mengeluarkan hampas-hampas tubuh seperti urea
- Menurunkan tekanan darah
- Berkhasiat untuk para penderita ulser perut,migrain,radang sendi,radang usus kecil,reumatik dan mereka yang mengalami keracunan
- Menguatkan organ jantung
- Bermanfaat dalam menyembuhkan bronkitis dan batuk
- Meningkatkan kecantikan kulit
- Membersihkan anggur
- Meningkatkan pengeluaran air susu ibu
- Mengurangkan kemungkinan dijangkiti kanser kulit

Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum  ^____^

PISANG DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum korang.
Korang apa khabar?Sehat?Nabilah harap korang semua sehat walafiat di samping yang tersayang.
Nabilah rindu sangat kat korang.Lama Nabilah tak update blog ni disebabkan kesibukan diri dan baru keluar wad.



Nampak tak gambar apa tu?PISANG!!!
Pandai semua..hehehe..Entri Nabilah kali ini Nabilah nak share dengan korang semua khasiat yang kita peroleh bila kita makan pisang.

Antara khasiat dan kebaikan yang kita dapat apabila kita makan pisang ialah :

> Membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti demam,gangguan sistem pencernaan,anemia,kekejangan dan tergeliat.
> Mampu melancarkan sistem perkumuhan bagi tubuh
> Menurunkan tekanan darah dan digunakan untuk penyembuhan pelbagai alahan atau alergi
> Meredakan radang dada,paru-paru,batuk,batu karang di ginjal dan saluran kencing,memperlancar air kencing,menambah sperma dan membangkitkan syahwat untuk melakukan hubungan seks.
> Meningkatkan pertumbuhan sel dan otot
> Mengatur keseimbangan air dan degup jantung
> Menjaga otak berfungsi secara normal
> Meningkatkan pengeluaran sel darah merah
> Menjaga keseimbangan kimia dalam cairan tubuh
> Membantu pengeluaran tenaga
> Memberikan kemampuan bertahan terhadap stress


So,tunggu apa lagi.Jom makan pisang ramai-ramai.
Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum cinta.
Tata titi tutu ^___^