Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

WADAH KHUSUS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Assalamualaikum guys…(Jawab taw..nanti berdosa kalau tak jawab)
Apa khabar semua?Sehat tak?
              
Dalam entri Nabilah kali ini,Nabilah nak kongsikan sedikit ilmu atau tips untuk pasangan suami isteri..(yang bakal menjadi pasangan suami isteri,yang ada perancangan nak jadi pun boleh baca.ini kan ilmu yang bermanfaat.so,mari kita baca ramai-ramai).

Dalam masa kini,Nabilah tengok banyak pasangan yang mendirikan rumahtangga,terputus di tengah jalan.Memang sedih kan bila impian untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat berakhir begitu saja.

Melalui pembacaan Nabilah dalam buku Bisik-Bisik Perkahwinan,hasil tulisan Ustaz Johari Yaman,terdapat wadah yang khusus untuk pedoman pihak suami dan pihak isteri.

WADAH KHUSUS UNTUK SUAMI.

·        MENCUKUPI DARI ASPEK KEBENDAAN.
·        GIGIH DALAM MENCARI REZEKI YANG HALAL.
·        PANDAI MENJAGA KESIHATAN DAN PENAMPILAN
·        SEIMBANG ANTARA MENCARI NAFKAH DAN MENUNTUT ILMU
·        MEMILIKI KETERAMPILAN
·        PANDAI MENGURUS MASA
·        PANDAI HIDUP BERMASYARAKAT
·        BERWAWASAN DAN BERILMU PENGETAHUAN
·        MEMAHAMI KEPERLUAN RUMAHTANGGA

WADAH KHUSUS UNTUK ISTERI.

·        MENJAGA KESIHATAN DAN PENAMPILAN
·        MENJAGA KEBERSIHAN PAKAIAN DAN PERALATAN RUMAH
·        PANDAI MEMASAK
·        MEMILIKI KETERAMPILAN YANG MENARIK
·        PANDAI MENGURUS RUMAH
·        TAHU MENDIDIK DAN MENJAGA ANAK-ANAK
·        PANDAI HIDUP BERMASYARAKAT
·        PANDAI MENGATUR MASA
·        BERWAWASAN DAN BERILMU PENGETAHUAN

Dalam melayari bahtera perkahwinan,suami isteri mestilah tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing dan mestilah mengamalkan sikap saling membantu antara pasangan.Insyaallah,impian perkahwinan yang kita impikan akan menjadi kenyataan.

Semoga dengan perkongsian Nabilah kali ini,dapat memberi manfaat untuk kita semua dalam menghadapi kehidupan berumahtangga.Mudah-mudahan perkara perceraian dapat dikurangkan malah dielakkan.

Sampai bertemu lagi di dalam update yang akan datang.Kalau ada yang terasa atau tak suka dengan entri Nabilah kali ini,Nabilah minta maaf ye.Ini sekadar nasihat dan perkongsian ilmu melalui pembacaan Nabilah sendiri.


Assalamualaikum semua…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan