Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

ASMA UL HUSNA : KISAH HIKMAH DAN KELEBIHAN ALLAH

Assalamualaikum korang.
Korang apa khabar?Hope korang semua sehat di samping yang tersayang ye.

Lama Nabilah tak update blog ni.Kali ini,Nabilah nak share dengan korang kisah hikmah asma ul husna "ALLAH" dan kelebihan yang kita peroleh apabila kita mengamalkannya.

Allah ialah al-Ism al A'zham,nama teragung yang mencakupi semua sifat Allah SWT yang indah dan menjadi tanda esensi (Zat) dan sebab bagi segala eksistensi (wujudnya makhluk).
Semua eksistensi,sama sekali tidak serupa dengan-Nya.Sehingga apa-apa yang tergambar dalam fikiran atau imaginasi sesiapa tentang Allah,maka Allah tidak demikian.
Allah hanyalah nama bagi ALLAH SWT.Tidak ada sesuatu pun selain-Nya yang memiliki atau menyamai nama ini.Allah adalah perkataan khas yang serba sempurna huruf-hurufnya,maknanya serta rahsianya.

Fadilat atau khasiat membaca YA ALLAH adalah seperti berikut :

---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH sebanyak 5 000 kali setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk,insyaallah dengan izin ALLAH SWT apa yang dihajatkan dimakbulkan Allah.
---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH sebanyak 5 000 kali setiap hari,insyaallah dengan izin ALLAH SWT datang kepadanya rezeki yang banyak dari pelbagai penjuru.
---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH sebanyak 66 kali setiap selesai solat fardhu dan diamalkan secara berterusan dan istiqamah,insyaallah dengan izin ALLAH SWT,namanya harum dan dia mendapat kebaikan yang banyak.
---->  Sesiapa yang membaca YA ALLAH YA HAYYU sebanyak 1 000 kali setiap hari,insyaallah dengan izin ALLAH SWT,akan mendapat keyakinan hati yang sempurna.

Bagi Nabilah,kita amalkan berzikir YA ALLAH 100 kali setiap hari dengan penuh ikhlas dan istiqamah.Apa yang penting,niat hati kita untuk ingat pada ALLAH SWT.
Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum ^_____^

2 ulasan:

  1. Dah follow blog awk :) Anyway info yang sangat bagus dan menarik :)

    Kalau tak keberatan mohon follow kembali blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam