Halaman

Ahad, 22 September 2013

Sabar,sabar,sabar


Senyuman itu satu sedekah dan juga penawar penyakit.

Alhamdulillah,pandangan mata yang hilang selama 3 minggu lalu semakin pulih dan sikit demi sikit ALLAH kembalikan semula.Tapi sedihnya percubaan SPM langsung tak boleh ambil.(sabar jela,menangis dalam hati).Ya Allah,semoga SPM yang sebenar nanti dapat hambamu ini jawab dengan baik dan berjalan lancar.

Kepada insan-insan yang berfikir bukan-bukan tentang saya (bukan semua cuma segelintir),saya terima sebab saya tahu apa yang korang katakan tu semua tak betul.Apa yang penting,keluarga tercinta saya memahami saya dan sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada saya.Ingatlah wahai hamba ALLAH,setiap manusia ada ujian dan dugaan masing-masing.Bukan saya nak marah,saya terima dengan senyuman sebagaimana Rasulullah hanya tersenyum ketika ada orang yang mengumpat dan mencaci Baginda.Cuma fikirlah dan renung dalam2 andai kata kamu atau ahli keluarga trdekat kamu ditimpa sakit dan ujian daripada Allah (saya tak berniat nak doakan korang sakit) dan ada segelintir insan yang mencemuh dan mengatakan yang bukan-bukan terhadap kamu,apa yang kamu rasa?Ingat,setiap perbuatan ada balasannya.Hidup kita sebagai hamba Allah tak selamanya senang dan sehat.Hidup ini bagaikan putaran roda,sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah.
INGAT TU...

Inilah keluarga saya yang menjadi tulang belakang saya selama ni.
Tq so much Along ucapkan kerana sentiasa beri sokongan dan menyediakan kemudahan rawatan.

Rasanya sampai di sini sajalah coretan saya.Buku sedang memanggil untuk dibuka dan dimanja-manja.
Doakan saya mendapat yang terbaik ye dalam Ujian SPM saya nanti.
Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan