Hope korang semua sehat sentiasa.
Sebelum ni Nabilah ada share tentang syarat-syarat wajib dan syarat-syarat sah solat.Entri kali ini Nabilah nak kongsi pula tentang rukun-rukun solat.
Ada berapa rukun solat??Cepat tekaa..
Ada TIGA BELAS rukun solat.Rukun-rukun solat tersebut ialah :
1) Berniat dalam hati (niat solat)
- Lafaz "Allahu Akbar" serentak dengan takbiratulihram.
- Syarat-syarat takbiratulihram ialah :
> Berdiri tetap ketika lafaz takbir
> Hadap kiblat
> Lafaz disebut dalam bahasa Arab.Bagi sesiapa yang
tidak tahu,hendaklah berusaha mempelajarinya
> Dengar semua perkataan yang dilafaz
> Ketika menyebut lafaz,mestilah disertai dengan niat.
3) Berdiri betul bagi yang berkemampuan
- Tidak sah solat jika berdiri tidak tetap dan bergoyang-goyang
- Bagi yang tidak mampu berdiri,boleh menunaikan solat
dalam keadaan duduk,baring miring sebelah kanan,baring miring sebelah kiri,menelentang atau sekadar yang mampu.
4) Membaca surah Al-Fatihah
- Dibaca pada setiap rakaat
- Dibaca secara bertajwid
- Menjaga makhraj huruf
- Syarat sah bacaan Al-Fatihah
> Bacaan didengari dengan jelas jika pendengaran baik
> Baca mengikut tertib ayat dan makhraj yang betul
> Menyebut kalimah dalam surah dengan betul
> Dilafazkan dalam bahasa Arab
> Baca dalam keadaan berdiri jika mampu
5) Rukuk serta tamakninah (berhenti sekejap)
- Membongkok sampai kedua-dua tangan dapat diletakkan
ke dua kepala lututnya serta tamakninah
- Tangan memegang lutut dan siku dibengkokkan ke dalam rapat ke badan.
6) Iktidal serta tamakninah
- Berdiri tegak semula selepas rukuk dan tamakninah
7) Sujud serta tamakninah
- Sentuhan dahi seseorang ketika solat di tempat sujud
- Dahi tidak berlapik dengan sesuatu
- Tujuh anggota sujud ialah dahi,dua tapak tangan,dua perut jari dan dua lutut.
8) Duduk antara dua sujud dan tamakninah
- Tiada niat dan tujuan lain ketika duduk antara dua sujud.
9) Tahiyat / tasyahud akhir
- Dilafazkan dengan makhraj dan tajwid yang betul
10) Duduk tahiyat akhir
11) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
12) Salam pertama
13) Tertib
- Menunaikan rukun solat mengikut aturan dari awal hingga akhir
Semoga perkongsian kali ni dapat membantu kita perbaiki diri.Jumpa lagi di entri akan datang..
Assalamualaikum ^______^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan