Sehat tak?Hope korang semua sehat sentiasa.
Entri kali ini Nabilah akan kongsi dengan you guys tentang fardu-fardu wuduk.
Apa itu WUDUK?
Wuduk dari segi bahasa ialah menggunakan air untuk kegunaan pada anggota-anggota badan yang tertentu.
Wuduk dari segi istilah syarak pula ialah membasuh beberapa anggota badan yang tertentu dengan menggunakan air yang dimulai dengan niat.
Antara fardu wuduk ialah :
1) Niat di dalam hati
2) Membasuh muka
~ Basuh dari tempat tumbuh rambut hingga ke dagu
~ Melintang antara dua anak telinga.
~ Lebih bagus,melebihkan sedikit had basuhan
3) Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku
~ Bermula dari hujung jari hingga lebih sedikit bahagian
siku
~ Ratakan air ke seluruh tangan
~ Lebih bagus,lebihkan had basuhan
4) Menyapu sebahagian kepala
~ Menyapu sedikit air di bahagian kepala
5) Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali
~ Melebihkan had basuhan
~ Ratakan air ke seluruh anggota kaki hingga ke buku lali
6) Tertib
~ Berwuduk mengikut giliran yang ditentukan
~ Sebaik selesai mengambil wuduk,disunatkan
menghadap kiblat,mengangkat tangan dan membaca
doa selepas wuduk.
Jumpa lagi di entri akan datang.
Assalamualaikum semua ^____^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan