Pada hari ahad bersamaan 16 September 2012 iaitu Hari Malaysia,saya telah menghadiri perkahwinan Abang Saiful dan Kak Faizah.Saya ke rumah pengantin lelaki pada jam 11.00 pagi.
Sweet kan pasangan pengantin ni..Semoga berbahagia sampai ke anak cucu ye
Abang Saiful dan Kak Faizah.Amin Ya Rabbal Alamin
(dalam fikiran dah membayangkan baju pengantin sendiri)..hewhew
Sebelum ke rumah pengantin (Abang Saiful),of courselah snap gambar sendiri dulu..hewhew
Datang rumah pengantin,salam mak pengantin dulu.Lepas dah salam,terus masuk rumah dan snap gambar pelamin.Cantik tak pelaminnya?(dalam otak,dah fikir pelamin sendiri macam mana).hehe..
Saya pun ada snap beberapa gambar yang lain macam suasana,makanan,berkat kawin.
Tempat mengambil minuman seperti asam boy,oren sunquick dan banyak lagi
dan pencuci mulut iaitu tauhu panas yang menyelerakan.
Karaoke jangan tak karaoke..
Mmm,sedapnya tauhu panas ni.Jemput makan semua.hewhew
Sedapnya air.Alamak,tekak dah haus.Jom minum.
Sebelum pengantin tiba,saya tak lepaskan peluang untuk bergambar di pelamin.
Inilah gambar-gambarnya.Tak lah cantik sangat.hehe
Siapakah gerangan yang akan berada di sebelah bila tiba masa nanti?huhu
Dalam kul 2.00 petang,kedua-dua mempelai pun berarak,bergambar dengan saudara mara,
makan damai n banyak lagi.
Tidak dilupakan,gambar saya bersama pengantin lelaki dan juga bersama
pengantin perempuan..Inilah gambar saya bersama abang Saiful dan kak Faizah.
Gambar saya bersama Abang Saiful
Gambar saya bersama Kak Faizah..
Inilah coretan saya untuk perkahwinan Abang Saiful dan Kak Faizah.
# MAAF TAK SEBAGUS MANA.
SAYA NI BUDAK BARU
BELAJAR BUAT BLOG.